Kita hendaklah membaca doa setiap kali kita ingin atau mahu menaiki kenderaan.Ia adalah untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T atas nikmat dan rahmatnya yang memberikan kita kesempatan untuk menggunakan kemudahan menaiki kenderaan supaya kita dapat bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain........Alhamdulillah
Antara adab-adab yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian adalah:-
Antara adab-adab yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian adalah:-
1. Hendaklah membaca doa setiap kali menaiki kenderaan sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat kenderaan dan kemudahan ini.
2. Adab dan doa menaiki kenderaan ialah :
- Baca “Bismillah” apabila mula letak kaki di atas kenderaan.
- Baca doa seperti di atas
- Baca “Alhamdulillah” tiga kali
- Baca “Allahu Akbar” tiga kali.
3. Kita semua sebagai hamba Allah sebenarnya tidak ada kemampuan sedikit pun untuk bergerak dan memperjalankan kenderaan kita melainkan dengan kekuatan dan kekuasaan Allah. Oleh itulah kita diajar supaya sentiasa ingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga. ( A Zukhruf: 43: 12-14)
4. Doa ini juga mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan semuanya menuju kepada Allah dan akhirnya kita semua akan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab dan diadili. Inilah perjalanan yang paling utama dan terpenting. Firman Allah Ta’ala: ( Hai manusia, sesungguhnya kamu telah berkerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya (utk menerima pembalasanNya yang buruk mahupun baik. ) Al Insyiqaq;84:6
5. Kita hendaklah sentiasa berserah diri sepenuhnya kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa aman dan selamat.
6. Setiap kali hamba memohon ampun kepada Allah, maka setiap kali Allah reda dengan hambaNya yang begitu yakin bahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dari Allah yang Maha Pengampun
7. Sesungguhnya orang yang banyak berzikir kepada Allah, nescaya Allah akan menyediakan untuknya keampunan dan ganjaran yang besar. (A-lAzhab 33:35)
8. Orang-orang yang sentiasa berzikir akan mendahului di barisan hadapan dan digelar “Al Mufarridun’. (Maksud hadithRiwayat Muslim)
9. Kata Ibnu Abbas: “yang dimaksudkan dengan “orang yang sentiasa berzikir kepada Allah ialah : mereka yang berzikir selepas solat, waktu pagi dan petang, ketika tidur, bangun dari tidur dan setiap kali keluar dan masuk rumahnya.” Kata Mujahid : Tidak mungkin dikatakan “orang yang banyak berzikir”, melainkan orang sentiasa berzikir dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.
10. Ulama sepakat dalam mengharuskan boleh berzikir dangan lidah dan hati bagi orang yang berhadas, berjunub,haid dan nifas. Bagitu juga ulama sepakat: Haram bagi berjunub, haid dan nifas membaca AlQuran. Tetapi dibolehkan melakukan bacaan dalam hati tanpa menyebutnya.
11. Bagi yang berjunub,haid dan nifas, dibolehkan membaca doa menaiki kenderaan dengan syarat ketia baca tidak berniat membaca AlQuran tetapi bermaksud doa dan zikir
Soalan:-
1.Senaraikan 3 adab-adab menaiki kenderaan yang kamu tahu.....????
Petikan daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment